Jan 27, 2012

Sentosa island dan Orchard road

Salam sejahtera semua,
Sudah lama sebenarnya plan nak ke Singapura tapi baru sekarang dapat terlaksana. Maklumlah, alang-alang dah duduk kat Johor, dekat Gelang Patah pulak tu, kira berdosa la kalau tak melancong ke Singapura ni. Nak tau Gelang Patah ni dekat ke tak dengan Singapore sila tekan sini. Batchmates pun ada beberapa yang Singaporeans, ditambah pulak dengar cerita-cerita pengalaman member yang pernah pergi ke Singapura so semangat nak jalan-jalan makan angin pun jadi semakin membara.




Alkisahnya the main reason nak ke Singapore sebab nak pergi bermain rides di Universal Studios Singapore (USS). Kemudian terfikir pulak, takkan pergi Singapore just semata-mata nak main dalam USS je kan? So kitorang pun planlah pergi ke Sentosa island dan bershopping di Orchard road pada hari Rabu. Entri berkenaan Universal Studios yang kitorang pergi semalam (Khamis) akan aku tulis di kemudian hari. Entri kali ini focus pasal jalan-jalan ni dulu. Sabar semua.


Perjalanan seharian ini bermula seawal di pagi hari dengan menaiki bas dari stesen bas Gelang Patah. Aku rasa orang-orang area sini je yang guna service bas ni walaupun company bas tu pun cover area Johor Bahru. Senang je naik bas ni: pergi stesen bas Gelang Patah (Malaysia), cari dan naik bas Causeway Link kaler kuning. Tambang ke Singapura cuma RM4 sahaja and bas tu akan sampai ke Jurong East MRT Interchange station (Singapura) melalui Link Kedua (Tuas).


DSC01370

Benda yang diperlukan:
  • Passport (perlu tidak kurang 6 bulan sebelum expires)
  • Duit singapore dollar siap-siap (sebab di Jurong East MRT Interchange takde money changer)

Menjadi satu perkara yang melawakkan ialah time kitorang sampai dekat Jurong East Interchange tu takde sesape pun yang ada sing dollars. Time tu plak kedai money changer yang terdekat tutup sebab cuti hari raya cina. Bila tanya di bank, diorang cakap diorang tak menyediakan service currency exchange. Dah sudah.. Berpeluh gak lah time macam tu. Nasib baik takde yang panic dan hyperventilate. Worst case scenario bila dah hopeless sangat-sangat tu ingat nak balik je la ke Malaysia tapi return bus tambangnya $4. Tak pakai duit ringgit. Di saat itu aku pun terpaksa withdraw money kat ATM guna debit card Lloyds. Aku keluarkan dalam $200, $100 aku guna, $100 lagi aku transaksikan dengan RM250 kawan aku bagi. Bila insiden ini terjadi aku pun terfikir, elok kalau kita ada internationally-accepted-ATM-withdrawal debit card. Kalau tak silap, bagi bank macam CIMB, kita cuma perlu call service centre and mintak diorang activate-kan debit card tu. Dengan duit ini the seven of us continued the journey to Sentosa island.


Sentosa island

Perjalanan menuju ke Sentosa island ni menggunakan sistem MRT/LRT mereka. Best sebenarnya naik benda ni. Sistem MRT di Singapura mirip kepada sistem tube di London sebab ada banyak line. Cuma bezanya sistem MRT Singapore kita beli ticket based on destination. Kalau tube London just top-up card Oyster pastu suka hati kau lah kau nak pergi mana. MRT Singapore plak bila dah beli ticket tu suka hati kau la nak guna train line mana, janji sampai destinasi. Dinasihatkan kepada semua supaya ambil peta route and MRT lines untuk memudahkan navigasi perjalanan.

image


Untuk pergi ke Sentosa island, pilih destination to HarbourFront. Ambil line hijau (East West Line) dan berhenti di Outram Park. Seterusnya, pilih line purple (North East Line) ke HarbourFront. HarbourFront station bersambung dengan Vivocity, shopping mall terbesar di Singapura. Nasib baik kat sini ada kedai money changer yang beroperasi. Kami pun kerumun mamat behind the counter itu.


DSC01374DSC01376


Keluar dari HarbourFront Centre dan kitorang menuju ke Sentosa Boardwalk. Kawan aku cakap ada 3 cara nak pergi ke Sentosa island ni:
  1. Sentosa express – Senang dan ini apa yang selalu orang pilih. Percuma, tetapi nak beratur tu seksa sebab kena tunggu lama.
  2. Singapore cable car – Memang terang-terang nampak cable car menuju ke situ. Tapi aku taktau dari mana and berapa bayarannya.
  3. Sentosa boardwalk – Berjalan kaki sambil menikmati permandangan dan mengambil gambar. Kitorang pilih yang ni.

DSC01383DSC01390DSC01392DSC01403DSC01399DSC01400DSC01406DSC01407


Disebabkan kitorang rata-ratanya tak makan lagi breakfast, bila sampai di Sentosa Resort World kitorang mula mencari spot yang sesuai untuk makan. Rupa-rupanya budak perempuan sediakan nasi lemak masak dari rumah. Bagus, bagus. Walaupun seronok berjalan tempat orang, nasi lemak kita tidak harus dilupakan. Cewah.


DSC01416Killing me softly betul sambal nasi lemak tu. Pedas nak mampoih.


Bila perut sudah kenyang, penat kaki pun dah reda sedikit, kitorang pun berjalan-jalan tengok apa yang ada kat sini, beli souvenir and ambil gambar. Normal stuff tourists do, that’s all. Lagi gambar dan sedikit penerangan (bila perlu):


DSC01417AHHH POKOK LOLLIPOP!! Aku masuk kedai and beli m&m sepacket. Tehee.

DSC01418DSC01421DSC01423


DSC01433Because it’s a merlion, I just feel the water fountain is appropriate to be included in the picture.


Orchard road
Destinasi kedua dan terakhir kami pada hari itu ialah Orchard road. Aku dapat tahu yang Orchard road ni ialah tourist attraction sebab ada banyak shopping mall di kiri dan kanan jalan. Bertolak balik dari Sentosa island tu sedikit rushing sebab Zuhur tak solat lagi. Bila dah sedikit panic kitorang pun decide untuk solat di Masjid Al-Falah di Orchard road nanti. Nasib baik ada masjid dekat situ. Kalau tak diorang dah nak solat kat dalam station tu je. Iman aku mungkin tak cukup tebal lagi sebab aku masih rasa tak selesa nak solat kat public sebab semua orang yang lalu akan usha kita solat. Aku rasa terganggu. Aku seboleh-bolehnya perlukan masjid atau surau. Paling kurang bilik yang senyap. Asalkan berbilik dan tak banyak orang.


Sambung cerita, naik MRT nak ke Orchard road pun ada kisah yang menarik. Tak la menarik sangat, cuma kadang-kadang tu bila dah letih, dahaga, kita akan cepat rasa irritated and mula la nak rasa marah-marah. Lebih-lebih lagi bila ada member party yang tiba-tiba hilang. Tup-tup dia dah naik MRT tren sorang-sorang. Itu tak termasuk salah naik tren lagi. Kena turun dari tren, patah balik ke station asal and naik tren line lain yang lagi dekat. Time tu sumpah lutut aku dah nak tercabut.


Tapi akhirnya sampai jugak! Masjid Al-Falah ni dari apa yang aku nampak ialah masjid dalam bangunan. Tapi masjid ni besar, selesa dan bersih. Sesuai sangat, kitorang sampai-sampai pun masih ada lagi 20minit sebelum masuk waktu Asar. Alhamdulillah.


DSC01452
DSC01446


Lepas solat Asar, kami berpecah bershopping and balik ke masjid untuk Maghrib. Shopping mall dekat sini agak melampau untuk budget aku. Apa nak buat, budget aku memang tak banyak. Jalan-jalan aku berakhir di restoran Popeye’s Louisiana Chicken and kedai buku Kinokuniya. Sob.


DSC01449DSC01455DSC01463DSC01465DSC01453DSC01468DSC01469DSC01470


After maghrib, kitorang pun balik semula ke station MRT untuk naik tren ke Jurong East semula. Semua orang pun dah diam sebab kepenatan setelah seharian berjalan. Boleh la Singapore ni. No comment. Cuma tak mati la kalau tak pernah pergi pun. Sampai di Gelang Patah pukul 10 malam. Perut dah lapar, kitorang pun makan dekat warung Merah sebelum balik rumah untuk tidur dan bersiap nak pergi ke Universal Studios keesokkan harinya. Orait, siap. Nantikan entri berikutnya kalau nak tahu apa kitorang buat kat USS semalam hari :D


Sekian, semua.

No comments:

Post a Comment