Jan 24, 2012

Iqra’!

Salam sejahtera semua,

Aku ambil keputusan untuk berehat dari sambung menulis cerita Si gadis Tionghua. Asyik menulis je dari semalam, penat gaklah otak nak menyusun ayat dan jari jemari menaip di laptop. Tapi aku still rasa puas sebab dah lama aku berhasrat nak menulis cerita tu, so bila kepuasan itu timbul aku tak kisah berpenat buat kerja.
Walaupun menulis boleh jadi satu benda yang aku minat, aku lebih minat membaca. Di sini aku nak berkongsi himpunan buku-buku yang aku gila gila gila suka baca. Bila aku ada buku yang aku betul betul suka tu aku tak kisah baca berkali-kali. Dulu time buku Harry Potter baru published aku baca buku tu non-stop dan berkali-kali sampai mak aku ugut nak koyak buku tu kot. Bila aku dah besar sekarang ni kadang-kala aku nak baca balik buku-buku yang aku baca masa aku kecil dulu, contohnya buku-buku Enid Blyton. Aku tak kisah la buku tu untuk budak-budak perempuan ke, janji aku enjoy bila baca buku cerita.
Oleh sebab ada banyak buku yang aku nak baca balik, ditambah pula aku yang kena study di tempat orang, semua ni jadi susah bagi aku nak bawa hurung pikul semua buku. Takkan nak ambil semua buku tu dari rumah, kan? So penyelesaian yang aku dapat: beli tablet. Baca guna kindle for Android. Senang sesenangnya!
DSC01367

Aku tak pasti kalau pembaca gemar atau tidak membaca menggunakan tablet. Bagi aku, membaca di tablet jauh lagi senang. Pertama, semua buku yang aku suka baca aku boleh muat simpan dalam tablet, so kalau aku rasa bosan-bosan aku boleh terus baca. Tak perlu lagi bawak buku-buku dari rumah bila keluar pergi berjalan keluar. Kedua, ringan. Semua buku jadi satu saiz, takde masalah buku terlipat atau koyak. Cuma masalahnya tablet akan kehabisan battery. Itu je. And kau tak boleh campak tablet sesuka hati ke dinding kalau tetiba kau tak puas hati ending buku macam bodoh.
DSC01368

Koleksi buku-buku (favourites) yang aku simpan di tablet menggunakan Kindle :


P20120124033212P20120124033226
P20120124033244
P20120124033258
P20120124033307

Dan kalau nak ikut ranking buku yang paling aku minat, in order of awesomeness:
  1. Percy Jackson and the Olympians
  2. The Hunger Games
  3. Harry Potter
  4. Alex Rider
And for stand alone novels, recently I read 13 Reasons Why. Definitely a must-read wish list! Baca, jangan tak baca. Meh aku promote sikit buku awesome tapi sedih ni:


“THIRTEEN REASONS WHY focuses on the set of audiotapes made by a girl named Hannah Baker right before she killed herself. There are thirteen sides to the tapes recorded. And they’re going to be heard by thirteen people. Thirteen of the reasons why Hannah ended her life.”
Sekian, semua.

No comments:

Post a Comment